Friday 17 June 2011

Chapter 2

"Azrul.. Kamu tolong cikgu aturkan kawan-kawan kamu tu.. Cikgu ada kerja ckit kat pejabat.. Sebelum tu,kamu pergi ambil bola dalam stor kat belakang koperasi tu.. Ckgu dah mntak Pak Leh bukakkan stor itu untuk kamu.. ok..??" Arah Cikgu Yazid kepada Azrul..

Azrul memamng terkenal dalam aktiviti yang melibatkan sukan.. Cikgu Yazid dengannya begitu rapat.. Seperti belangkas. Tak boleh berpisah lngsung.. Azrul jugak seorang yang kurang disenangi oleh kawan-kawannya di sekolah itu... Ini kerana sifat angkuhnya sendiri..

"Eleh Cikgu Yazid ni.. Macam tak ade orang laen ke nk suruh..?? Menyampah aq.." Bisik Hafiq mengeluarkan rasa tidak puas hatinya kepada cikgu pendidikan jasmaninya itu..

"Alaaa.. Lek laa bro.. Kami pown dah biasa dengan perangai mamat rempeng tu.. hang relax k.. Buat tak tau jaa..." Faizul membisik ke telinga Hafiq.. Hafiq begitu panas apabila mendengar Faizul berkata begitu.. Baginya,,perkara macam ini tidak adil.. Memilih seseorang yang famous untuk menolong guru-guru di sekolah itu.. Hafiq seorang pelajar yang sangat rajin tetapi pemalas dalam masa yang sama.. Dia begitu suka menolong cikgu,,namun malas belajar.. 'Rajin' Hafiq mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.. Ini semua taktik serta helah Hafiq untuk melepaskan diri daripada berada dalam kelas yang boring itu..

Kelihatan Azrul berjalan dengan megahnya sambil menggelecek bola seperti orang gila.. Mana taknya,,dia ingin mnunjukkan bakat 'terpendam' di hadapan semua orang.. Hafiq kelihatan begitu loya.. Dia tidak suka akan seseorang yang suka mnunjuk-nunjuk.. Baginya perkara ini adalah sebahagian daripada sifat riak.. Sifat riak merupakan salah satu sifat daripada sifat-sifat Syirik dalam agama Islam.

"Hafiq..!! Hang p masuk geng depa.. Depa tak cukup orang tu.. Kesian laa aq tgk geng tu.. Dah laa nerd,kaki bangku pulak tu.. Hmm.. Hang pown sama ja ngn depa.. Baik hang p geng depa.. Ok..??" Azrul merendah-rendahkan Hafiq..

"Ish mamat nie..!! Kaw tunggu jelaa.. Kaw belum rase lagi penangan aq,,kaw dah megah.. Boleh belah laa lu.." Hafiq bermonolog..

"Okeyh..!!" Hafiq menjerit sambil tersenyum.. Senyuman yang mempunyai pelbagai maksud..

Azrul memulakan permainan.. Perlwanan bola sepak yang pertama kali Hafiq lalui dalam sekolahnya yang baru.. Dia berasa begitu malu dalam masa yang sama dia berasa sakit hati terhadap Azrul.. Azrul belum kenal seiapa Hafiq yang sbenarnya.. Hafiq ialah pemain bola sepak Negeri Selangor sebelum berpindah ke tempat baru ini.. Hafiq tidak pernah mencceritakan kepada sesiapa pun.. Termasuklah kawan pertamanya,,Faizul..

"Hafiq..!! Tolong ambilkan bola tu.. Aq tak larat laa..." Ameer meminta pertolongan Hafiq..

"Ok Ok.." Sambil belari ke arah bola yang melantun jauh akibat sepakan bertenaga daripada Azrul..

"Cehh.. Belagak nak mampos.. Kalau gol tak pe laa jgak.. Nie haqam.." Hafiq sahaja speaking loghat Kedah..

Sedang Hafiq berlari ke arah bola itu,,Hafiq perasan ada sepasang mata yang sedang melihatnya.. Apabila Hafiq mengalihkan matanya,,dia terasa sperti Halilintar yang ingin meragut jantung yang sarat dengan erythrocytes..!!!! Ya.. Qistina bt Zahari.. Itulah gaddis yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman Hafiq selama ini.. Qistina melambai ke arah Hafiq.. Segala kulit Hafiq bertukar warna.. Adakah Hafiq akn menjadi 'Hulk'.. Makhluk hijau yang mempunyai kemampuan untuk melompat dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.. Oh tidak.. Kulit Hafiq bertukar kemerahan.. Bukan disebabkan sut Ironman..Tetapi disebabkan perasan malunya yang amat menebal apabila terpandang wajah wanita idamnannya itu..

Tanpa berlengah,,Hafiq terus berpaling dan berlari semula ke arah kawan-kawannya yang sedang mnunggu di tengah padang.. Hafiq berasa kesal kerana tidak mempedulikan gadis idamannya itu..

"Ish.. Nape aq tak lambai balek kat dia td..? Aduhh.. Spoil..!!!!".. Bisik Hafiq.. Menyesal..

Faizul selaku gol keeper terus memberi bola ke arah Ameer.. Mereka hanya bermain bola sepak 6 sebelah.. Tetapi disebabkan sifat keangkuhan Azrul,team Hafiq lebih seorang.. Haidar.. Seorang pelaar yang bijak namun kaki bangku.. Mereka tidak suka akan Haidar.. Mereka selalu memulaukannya..

"Haidar tu pelik..!!! Dia tak macam orang len.. So,,hang jgn kawan dgn dia.. Ada paham.???" Faizul memberi penerangan.. Penerangan yang bagi Hafiq tidak munasabah.. Semua orang layak dilayan dengan cara yang sama.. Malaysia sebuah negara yang Demokrasi..

Selepas Ameer 'membotol' 2 orang pemain lwn,,dia pass kepada Hafiq. Setelah bola yang diberikan oleh Faizul menyentuh kaki Hafiq,,bola itu seolah-olah besi dan magnet.. Hafiq membawa bola itu seperti angin.. Azrul memainkan peranan sebagai pertahanan di hadapan keeper.. Namun,,belum sempat Azrul pergi untuk merampas bola itu,,Hafiq telah melepaskan satu tendangan yang amat hebat.. Belum pernah sepakan itu dilihat oleh mata pelajar-pelajar sekolah itu.. Dalam masa yang sama,,Cikgu Yazid sudah duduk di hujung padang sambil memerhatikan permainan Hafiq..

"Sapa nama budak baru tu..??" Tanya Cikgu Yazid kepada pelajar prempuan 6 Genius..

" HAFIQ,, cikgu.." Jawab pelajar perempuan 6 Genius serentak..

"Hmmmm... Hafiq....!!!! Mai sat..!!" Jerit Cikgu Yazid memanggil Hafiq.. Hafiq segera berlari menuju ke arah Cikgu Yazid.. Hafiq berasa dirinya telah membuat satu kesalahan.. Kesalahan yang dia sendiri tak tahu.. Belum sempat Hafiq bertanyakan kenapa dia dipanggil Cikgu Yazid terus menyatakan niatnya..

"kamu ada kasut bola tak..??" Pertanyaan pertama Cikgu Yazid kepada Hafiq..

"Ada cikgu.. Nape.???" Hafiq kembali bertanya..

"Ahad depan kamu pergi ke Kampung Lama dan bawa kasut bola kamu sekali sebab kamu akan pergi ke sana untuk menghadiri selection menjadi wakil sekolah untuk tahun ini.. Okeyh..??" Kata-kata Cikgu Yazid ibarat pucuk dicita,,ulam mendatang.. Hafiq menjerit dalam hatinya. Dia tidak sabar untuk memberitahu papanya tentang perkara ini..

"Awat Cikgu Yazid panggil hang tadi..?? Hang buat pa..??" Tanya Faizul sebaik sahaja Hafiq kembali ke padang bola sepak..

"Kaw tahu tak kat mane Kampung Lama..??" Tidak terus menjawab soalan Faizul..

"Woi..!! takkan hang boleh p selection bola untuk sekolah kita kot..?? Hang jangan men-men ngn aq.. aq nie Keeper sekolah taw.. Merangkap Personal Asisstant kepada Guru Besar.. Tak pasai-pasai hang kna kot.." Celoteh Faizul..

Hafiq hanya tersenyum sambil mngangkt keningnya menyebabkan Faizul gembira..

"laa...!! Hang dapat sungguh ka..?? Sempoi sempoi..!! nanti kita p dua..Aq kan Keeper sekolah.. Hahahahahahahahaha...!!!" Gelak besar daripada Faizul..

Saat Faizul gelak serupa orang gila,,Hafiq melihat gadis idamannya sedang berjalan kembali ke kelas selepas penat beriadah.. Kelas Hafiq mempunyai jadual yang sama dengan jadual kelas Qistina... Gadis itu kemudiannya berpaling dan menepuk tangan kepada Hafiq tanda tahniah darinya... Hafiq hanya tersenyum..

"Hang memang sempoi laa Hafiq..!! Aq susah laa na caya hang nie.. hahah.. Tahniah my friend..!!! hehe." Faizul belum berhenti mengucapkan tahniah kepada Hafiq..

"Jom kite g rehat dulu.. Aq dah lapar nie.. Lpas makan kita tukar bju.. Amcam..??" Tanya Hafiq kedapa Faizul..

"ok ok.. Jom..!" Faizul bersetuju..

"Hafiq..!!! Hafiq.!!!" Hafiq terdengar suara jeritan..

"Tunggu sat..!!" Ruapanya kawan sekelasnya,,Ace atau nama sebenarnya,,Akasya..

"Nie ada suqat untuk hang.. Ada orang suroh aq bagi tapi tak boleh habaq nama kt hang.. Hang kena bukak sendiri surat tu kat rumah.. Aq skunk dah jadi posmen karat hampa.. ok..? Aq nk p bilik ayeq sat.. Dah lama tahan nie..!! byep..!" Ace berlalu tanpa banyak tanya..

"cewaaahh...!! Dah da peminat rupanya abang kita nie.. hehe.." Faizul mengusik.. Hafiq hanya diam.. Lidahnya kelu untuk berkata.. Dalam hatinya cuma ada Qistina.. Namun dia terpksa menepis pelbagai kerenah gadis-gadis yang sangat ingin berkenalan dengannya..

"Siape yang antar surat nie..?? Hmm..??" Hafiq bermonolog sendirian....................

Sunday 5 June 2011

Chapter 1

Embun pagi membasahi bumi. Sang burung mula keluar mencari rezeki. Namun dia masih dalam dunianya sendiri. Masih alpa. Dengan ilusi sendiri. Hanya tuhan yang tahu betapa pemalas dan liatnya insan bernama Hafiq Haikal.. Ya. Hafiq Haikal. Seorang remaja yang berketurunan sederhana, Namun berlagak macam anak orang kaya. Dia ingin memiliki segalanya. Wang, motosikal besar,gadis dan macam-macam lagi. Namun, sikap pemalasnya itu sendiri menjadi tembok tinggi baginya untuk memperoleh semua itu.

Hari pertama persekolahan, Hafiq Haikal sudah lewat untuk ke sekolah. Mana tak nya, dia terlalu asyik bermain game Fifa Online 2 yang memang sudah menjadi kegilaan dan ketagihan remaja masa kini. Sedar tak sedar,jam sudah menunjukkan 4 pagi..

"Ya.! Aku sudah naik tahap 13.. haha.. Lepas ni bolehlaa aku lawan si mamat poyo Zuhail tu.." bisiknya. Puas selepas 6 jam menghadap komputer riba pemberian papanya tahun lepas sempena hari jadinya.. Walaupun papanya cuma bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah,namun papanya selalu memenuhi permintaan Hafiq Haikal yang merupakan 'anak emas' dalam keluarga.

"Hafiq..! Bangun..! Sudah lewat ke sekolah.! Adik-adik pun dah bangun. Macam mana nak jadi contoh untuk adik-adik ni.." jerit mama Hafiq dengan suara yang amat tidak disukai oleh Hafiq Haikal. Suara itu ibarat Tornado bertemu Volcano baginya. Namun, apakan daya. Hafiq Haikal terpaksa meringankan setiap urat sendi nadi badannya demi menhentikan suara halilintar itu.
"Ya mama. Hafiq dah bangun ni.." jerit Hafiq Hafiq kepada ibunya.
"Adik-adik aku ni pun satu.. Kenapa mereka ini bersemangat sangat nk pergi sekolah tu.? Bukannya ada apa pun.." Hafiq Haikal bermonolog.
"Aduhhhh..! Mama..! Katil roboh lagi..!" detus Hafiq sambil mengurut-urut pinggangnya.
"Mama, tulang Hafiq dah beterabur ni.. Bil nak tukar katil..? Hmm.." Hafiq mengusik mamanya..

Hafiq Haikal terus menyambar kain tualanya dan terus ke bilik air.
"Aduhhh.! Sejak bila aku ade jerawat ni..? Alamak..! Malu laa aku macam ni.. Sudah la hari ini hari pertama aku kat sekolah tu.. Nak buat macam mane ni..??" risau Hafiq semakin menebal. Benar. Hari ini ialah hari pertama persekolahannya di sekolah baru. Encik Faizal terpaksa berpindah ke luar bandar demi mengejar kerjaya isterinya sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah.

Selepas bersiap ibarat 'makanan segera', Hafiq Haikal terus menaiki kereta Avanza 1.5 bewarna emas yang sedang menantinya bersama En. Faizal di dalamnya.

"Isy.! Kenapa lambat sangat ni..? Papa kena ada disekolah awal tahu tidak..?? Papa pun kena masuk sekolah baru. Haha..! Dulu papa tidak pernah lewat ke sekolah macam ni tahu.. Haikal, Haikal.."
En. Faizal cuba memberi semangat kepada Hafiq agar tidak lewat ke sekolah lagi..

"Eleh papa nie.. Entah-entah dia pun sama sahaja.. Silap-silap lagi lewat daripada aku.. haha." bisik Haikal. Nakal.

"Apa yang kamu bisikkan tu..? Haikal ingat papa tak dengar kah..? Kalau Haikal tidak percaya,cuba pergi tanya nenek. Papa tak pernah menipu tau.." En. Faizal berseloroh.

"Alamakkkk..! Macam mana boleh papa dengar pulak..? Padahal aku cakap perlahan sahaja tadi." Sesal Haikal..

En. Faizal terus meluncur laju keluar dari kawasan kuaters kediaman Kolej  Matrikulasi Kedah itu.

"Papa, apa nama sekolah baru Haikal tu.? Teringin juga nak tahu sekolah kampung kat sini.. hehe.." kata Haikal pemula bicara.

"Ada lah.. Tunggu dan lihat dengan mata Hafiq sendiri. Yang papa tahu,sekolah ini adalah sekolah yang paling lama di Kedah.." seloroh En. Faizal.

"Oh yakah..? Mesti buruk kan sekolah tu..?" tanya Haikal.

"Buruk atau cantik, sekolah tetap sekolah.. Taman syurga tahu..!" Hafiq Haikal terus membisu apabila mendengar ungkapan itu. Dia tidak minat untuk mendengar.

Mereka telah sampai di Sekolah Kebangsaan Dato' Kiambang. Persekitaran sekolah itu amat mengagumkan En. Faizal. Cantik. Lebih cantik daripada sekolah Hafiq yang sebelum ini.. Hafiq hanya duduk tanpa memandang persekitaran sekolah itu.. Adik-adik Hafiq, Hazim dan Hakim turut terpegun melihat persekitaran sekolah itu.. Masing-masing berumur 8 dan 7 tahun. Bagi Hakim, inilah pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke tempat bernama 'SEKOLAH'. Dia hanya belajar di Tadika Seri Indah selama 2 tahun.
"Papa, di sini ada budak macam Akim tidak..?"  tanya Hakim atau panggilan manjanya, Akim.

"Mestilahh ada.. Ramai laa Akim.. Tengok tu,ramai kan?"  tunjuk Encik Faizal sambik memuncungkan mulutnya ke arah bilik-bilik darjah bagi pelajar baru.. Memang ramai.. Ibubapa juga ramai.. Sudah menjadi adat orang Malaysia. Jikalau anak yang baru ingin menjejakkan kaki di sekolah, pasti ibu bapa risau akan anak-anak mereka.

"Hafiq, pergi cari sendiri kelas kamu. Papa nak temankan adik kamu ni. Nanti dia nangis susah,"  kata Encik. Faizal..

"Hafiq bukan tahu apa pun pasal sekolah ini.. Kat mana nak cari kelas..? Papa ni."  rajok si Hafiq sambil membuat muka muncung.

"Alaaa.. Hafiq kan sudah besar.. Berdikari laa sikit."  perli Encik Faizal sambil tersenyum. Hafiq hampa lalu terus beredar mencari kelasnya. Dia ibarat layang-layang terputus tali. Tidak ada hala tuju. Dengan perasaan geram,Hafiq terus mencari kelasnya yang entah di mana letaknya..

"Assalamulaikum. Boleh saya tolong awak ..?"  Hafiq terdengar suara jantan. Saat Hafiq mengalihkan pandangannya ke arah suara itu, dia sudah jangka. Pasti suara ini ialah suara salah seorang dari pelajar lama sekolah itu..

" Ya. Saya tengah cari kelas saya.. Nama kelas ni,hmmm.. 6 genius.. Kat mana ya..?"  tanya Hafiq dengan lemah-lembutnya.

"Ooo.. 6 Genius tu kelas aku tu. Mari laa ikut aku. Aku pun memang nak pergi ke sana.. Oppsss! Terlupa. Nama aku Faizul. Kau pula..??"  tanya Faizul...

"Saya Hafiq. Hafiq Haikal.."  jawab Hafiq.. Meraka terus beredar menuju ke kelas mereka.. Sebelum sampai ke destinasi mereka, mereka terpaksa melalui kelas 6 Elite dan 6 Excellent.
Kelas yang mempunyai 'stok' budak-budak yang cerdik. Di saat mereka melalui kelas 6 Elite, Hafiq ternampak suatu bayangan..

"Huih.! Ini bidadari atau manusia ni..? Cantiknya dia.."  Hafiq bermonolog. Mata Hafiq tidak terlepas melihat gadis bercermin mata, gebu kulitnya dan mempunyai ciri-ciri gadis impiannya.. Apabila sedang asyik memandang 'bidadari' itu, Hafiq tidak sedar bahawa terdapat tiang di hadapannya..

'Tang..!'
"Adoy..! Sakitnya.."  Hafiq mengerang.. Faizul terus ketawa terbahak-bahak melihat Hafiq tergolek sambil memegang dahinya.. Semua pelajar di situ semua berlari ke arah Hafiq. Mereka semua bertanyakan keadaan Hafiq..

"Hafiq! Kau okay tak.?"  tanya Faizul selaku kenalan pertamanya..

"Aku tengah sakit nie. Kenapa laa kau g gelakkan aku.?? Kau bikin aku panas la..!"  tiru Hafiq seperti filem kegemarannya, Adnan Sempit.

"Alaaa,,, Relaks laa.. Aku gelak pun salah kah..?? Ok.. Aku tidak akan gelak lepas ni.. Mari aku tolong kau bangun.." Memujuk hati Hafiq yang sedang membara itu..

"Awak ok tak..??" Kesakitan Hafiq terus hilang tatkala mendengar suara yang merdu itu.. Benar,inilah gadis yang menyebabkan dia terhantuk tiang tadi...

"Eeerrr.. I'm fine.."  Hafiq berbahasa Inggeris.. Hafiq memang cekap berbahasa Inggeris. Di sekolahnya yang terdahulu, Hafiq selalu memenangi pertandingan Bahasa Inggeris. Guru-gurunya juga suka memuji Hafiq diatas kecekapannya berbahasa Inggeris.. Puan Asma  yang selalu speaking bersama-sama anak-anaknya.. Disebabkan hal itu,mereka sekeluarga amat fasih berbahasa Inggeris kecuali papanya, En. Faizal.

"Lain kali kalau nak tenung orang, tengok laa depan sama. Ok..??"  perli gadis berkaca mata yang menyebabkan Hafiq terhantuk itu.. Merah padam muka Hafiq sebaik sahaja mendengar ayat itu.. Dia dan Faizul terus beredar daripada pelajar yang mengerumuninya td..

"Siapa gadis tu.??"  tanya Hafiq kepada Faizul.. Faizul hanya tersengih memandang Hafiq.

"Dia laaa.....

Rangka Mencapai Bintang

Seorang yang merupakan anak emas keluarganya, Hafiq Haikal adalah seorang budak yang amat bijak namun mempunyai sikap yang kurang disenangi oleh ibu bapanya. Sikap yang menjadi penghalang bagi setiap manusia di bumi ini iaitu sikap PEMALAS. Setelah mengikut kelurga berpindah dari Kuala Lumpur ke kawasan pendalaman, Hafiq bersama-sama adik-adiknya, Hazim dan Hakim juga terpaksa berpindah sekolah. Dari sekolah inilah bermulanya pengembaraan Hafiq Haikal dalam mencapai bintangnya. Dengan prasarana kawasan kampung, pelbagai konflik dan pengalaman telah menyebabkan diri Hafiq telah berubah sedikit demi sedikit. Dengan bantuan rakan-rakannya,dapatkan Hafiq Haikal MENCAPAI BINTANGNYA.? Dan apakah BINTANGNYA itu.?

Tajuk   : Melihat Bintang
Genre  : Novel Remaja Islam



1.    Ringkasan Cerita : Berkisahkan tentang seorang pemuda yang terkenang kembali cerita tentang susah senangnya untuk mencapai bintangnya bermula daripada sekolah rendah,sekolah menengah, dan ke menara gading. Dia merupakan pelajar cemerlang pada peringkat sekolah rendah,namun perubahan
negativ telah berlaku pada dirinya sewaktu dia berada di sekolah menengah. Tetapi,kesedaran berlaku pada dirinya apabila menerima tamparan hebat daripada kawan-kawannya yang telah berjaya ke menara gading namun dia masih bagai layang-layang terputus talinya. Mencari kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi cacian,dihina dan sebagainya.




2.   Konflik Utama

2.1 : Seorang pemuda mencari kekuatan setelah kawan-kawannya memulaukan dirinya selepas  mendapat keputusan yang teruk dalam SPM.
2.2 : Pelbagai cacian serta hinaan diterima daripada guru-guru,kawan-kawan dan ahli keluarganya.

3.  Watak Utama :
                  
3.1 : Hafiq Haikal (seorang peguam yang terkenal di Malaysia)
3.2 : Faizul (kawan kepada Hafiq daripada Kedah)
3.3 : En. Faizal (bapa kepada Hafiq Haikal)
3.4 : Watak ikon-Pak Cik Jamil (seorang petani berhampiran rumah Hafiq)

4.   Latar Tempat :

4.1 : Kawasan pendalam Kedah.
4.2 : Persekitaran sekolah di Kedah.
4.3 : Kawasan Kolej Matrikulasi Kedah.
4.4 : Sekitar kawasan Universiti Malaya.